Sekiranya anda berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru), anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang-bidang yang berkaitan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terdapat beberapa mod kemasukan iaitu:
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Lepasan Program Matrikulasi
- Lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) Kolej Vokasional
Bagi lepasan SPM, terdapat dua laluan permohonan iaitu:
- Laluan Perdana
- Laluan Khas bagi:
- Murid Berkeperluan Khas (MBPK)
- Murid Orang Asli dan Peribumi Penan
- Atlet Murid Sekolah Sukan dan Murid Sekolah Seni
- Pelajar Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
- Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Setiap mod kemasukan ini mempunyai syarat-syarat dan kelayakan permohonan yang berbeza.
Anda disarankan untuk menyemak setiap syarat kelayakan ini dengan teliti di laman web Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semak syarat dan panduan PISMPTarikh dikemaskini: 2/4/2026
Komen topik ini
