Kewarganegaraan Malaysia merujuk kepada status seseorang individu sebagai rakyat sah di Malaysia. Status ini penting kerana ia menentukan hubungan rasmi seseorang dengan sesebuah negara, termasuk hak untuk tinggal, bekerja dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Memperoleh Kewarganegaraan Malaysia
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kewarganegaraan Malaysia secara umumnya diperoleh melalui beberapa cara utama:
- Kelahiran
Dilahirkan di Malaysia dengan syarat ibu/bapa warganegara Malaysia
Dilahirkan di luar negara dengan syarat bapa adalah warga Malaysia
- Pendaftaran
Untuk individu tertentu seperti isteri atau anak kepada warganegara Malaysia
- Naturalisasi
Warganegara asing yang telah lama menetap dan memenuhi syarat tertentu