Berikut ialah bantuan mengurus jenazah atau khairat kematian yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa institusi berkaitan di Malaysia:
Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Bantuan sebanyak RM3000 dan perlu dimohon dalam tempoh 12 bulan selepas kematian
Kelayakan: Pesara/ penjawat awam sahaja
Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
Bantuan sebanyak RM3000 kepada waris veteran berpencen dan tidak berpencen
Kelayakan: Veteran/ pesara veteran sahaja
Faedah Pengurusan Mayat (PERKESO)
Bayaran: Maksimum RM3000
Syarat:
- Faedah khusus kepada pencarum PERKESO
- Diberikan kepada waris terdekat atau individu/ badan yang membiayai kos pengebumian
- Bukti perbelanjaan seperti resit diperlukan sekiranya pemohon bukan waris sah
Bantuan Kematian (KWSP)
Bantuan yang diberikan KWSP terhadap waris terdekat ahli atas budi bicara KWSP. KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan Bantuan Kematian.
Bayaran: RM2500 sekali sahaja
Syarat:
- Ahli mempunyai simpanan KWSP
- Ahli meninggal dunia sebelum 60 tahun
- Permohonan dalam tempoh 6 bulan selepas kematian
MySalam - Skim Khairat Kematian (SKK)
Khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bayaran: RM1000
Khairat ASNB
Khairat ASNB tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada tarikh kematian
- Bawah 1,000 unit: RM200
- Atas 1,000 unit: RM500
Faedah Pengurusan Mayat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO
Faedah Pengurusan Mayat yang dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
Bayaran: RM 3000
Selain daripada bantuan mengurus jenazah di atas, terdapat juga bantuan mengurus jenazah tertakluk kepada syarat dan peruntukan yang disediakan:
- Koperasi/ persatuan
- Lembaga/ pusat zakat negeri
- Institusi kewangan
