Terdapat 2 kategori veteran ATM:
- Veteran berpencen
Anggota ATM yang bersara mengikut tempoh perkhidmatan seperti berikut:
- Pegawai: Pegawai Tauliah Tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun atau lebih dan layak menerima pencen perkhidmatan.
- Askar Laskar/Lain-Lain Pangkat (LLP): Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun atau lebih dan layak menerima pencen perkhidmatan.
- Veteran tidak berpencen
- Pegawai: Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP).
- Askar Laskar/Lain-Lain Pangkat (LLP): Askar laskar yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun.
