Melepaskan kewarganegaraan Malaysia atau berhenti menjadi rakyat Malaysia dibuat atas kemahuan sendiri. Biasanya permohonan untuk melepaskan kewarganegaraan dibuat apabila individu itu sudah atau dalam proses mendapat kewarganegaraan negara lain. Perkara ini diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 23) kerana Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai dua atau lebih kewarganegaraan.
Syarat utama:
Secara umum, individu yang ingin melepaskan kewarganegaraan perlu:
- Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur bagi perempuan yang telah berkahwin)
- Waras fikiran
- Telah memperoleh atau akan memperoleh kewarganegaraan negara lain
Keputusan untuk melepaskan kewarganegaraan Malaysia adalah kekal dan tidak boleh berpatah balik. Sekiranya seseorang itu melepaskan kewarganegaraan, hak sebagai warganegara akan hilang.
Baca lanjut