Terdapat pelbagai saluran untuk membuat pembayaran zakat sekiranya anda telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak.
Berikut merupakan cara-cara membayar zakat di Malaysia secara rasmi melalui saluran yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri:
Bayar secara dalam talian melalui portal zakat negeri
Laman web rasmi agensi organisasi zakat setiap negeri
Wilayah Persekutuan
Selangor
Melaka
Negeri Sembilan
Johor
Perak
Pahang
Kelantan
Terengganu
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Aplikasi mudah alih
Bayar di kaunter fizikal
- Pejabat agensi zakat negeri (PPZ, LZS atau Pusat Zakat Negeri masing-masing)
- Kaunter Zakat Bergerak seperti van zakat bergerak atau reruai di pusat beli-belah semasa musim tertentu, contohnya semasa bulan Ramadan
- Kaunter Bank
- Kaunter Pejabat Pos
- Masjid atau surau terpilih
Potongan gaji secara bulanan
Anda boleh membuat potongan gaji secara bulanan melalui majikan dengan menghubungi pusat zakat negeri masing-masing.
Kaunter Zakat Digital
KZD atau Kaunter Zakat Digital adalah satu saluran bayaran yang membolehkan pembayar zakat membuat membuat bayaran zakat melalui talian telefon sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter
Ejen-ejen yang dilantik
Bayaran melalui ejen yang dilantik oleh organisasi zakat secara langsung ke akaun syarikat pengendali zakat
Semua bayaran zakat yang dibuat melalui saluran rasmi akan mendapat potongan cukai pendapatan tahunan. Pastikan anda menyimpan resit dan penyata zakat bagi tujuan rekod pelepasan cukai.
