Di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa situasi yang membolehkan seseorang itu mendapatkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.
Situasi Kelahiran
- Kelahiran Dalam Negara (Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan)
Individu yang dilahirkan di Malaysia boleh mendapat kewarganegaraan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa.
Baca lanjut- Kelahiran Luar Negara (Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan)
Individu yang dilahirkan di luar negara boleh mendapat kewarganegaraan berdasarkan taraf kewarganegaraan bapa.
Baca lanjut- Individu yang Lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957) (Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan)
Individu yang lahir di Persekutuan (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sebelum tarikh kemerdekaan dengan syarat-syarat khusus, antaranya:
- Telah bermastautin dalam tempoh 7 tahun terdahulu dan tidak kurang daripada 5 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan
- Berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu
Situasi Keluarga
- Permohonan Khas (Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan)
Individu yang berumur bawah 21 tahun boleh memohon taraf kewarganegaraan dalam keadaan-keadaan tertentu berdasarkan pertimbangan khas.
Baca lanjut- Isteri kepada Warganegara (Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan)
Wanita warganegara asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan dengan beberapa syarat
- Bermastautin secara tetap (memiliki MyPR) sepanjang tempoh 2 tahun
- Perkahwinan masih sah
- Permohonan Anak kepada Warganegara di bawah Umur 21 Tahun (Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan)
Individu yang berumur dibawah 21 tahun, salah seorang daripada ibu bapa merupakan seorang warganegara.
Baca lanjutSituasi Naturalisasi
- Permohonan Kewarganegaraan Individu 21 Tahun atau Lebih (Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan)
Permohonan kewarganegaraan dengan beberapa syarat-syarat khusus, antaranya:
- Telah bermastautin tidak kurang daripada 12 tahun
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik
- Dua orang penaja bertaraf warganegara dan tiada hubungan persaudaraan dengan pemohon