Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi keselamatan dan bantuan kecemasan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia berperanan membantu masyarakat sebelum, semasa dan selepas bencana, kecemasan, krisis dan operasi menyelamat selaras Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221).
Antara fungsi utama APM ialah:
- Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara
- Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana
APM juga mempunyai Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dengan kepakaran khusus seperti:
- Urban Search And Rescue (USAR)
- Operasi mencari dan menyelamat berisiko tinggi dan berbahaya
- Penyelamatan selam skuba
- Penyelamatan di udara, hutan dan air
Selain itu, terdapat juga program-program pembangunan pasukan dan keselamatan di peringkat sekolah, institusi, universiti dan orang awam/komuniti seperti yang berikut: