Program Diploma ialah salah satu laluan utama selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan oleh universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta. Ia bersifat lebih praktikal dan berfokus kepada kemahiran serta membolehkan pelajar terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah.
Syarat am:
Pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya:
- Minimum tiga kepujian SPM (bergantung kepada kursus dan institusi)
- Wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu
- Wajib lulus mata pelajaran Sejarah
Bagi kursus tertentu, syarat mungkin lebih tinggi seperti:
- Memperoleh 4-5 kepujian SPM
- Perlu subjek tertentu (contoh: Matematik, Sains, Prinsip Perakaunan)
Institusi yang menawarkan program diploma
- Universiti Awam (UA) seperti UiTM, UUM, UTHM, UTeM, dan lain-lain
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Kolej dan Universiti Swasta (yang berdaftar dengan KPT dan program berakreditasi dengan MQA)
Tempoh pengajian: bergantung kepada kursus dan institusi
Secara umumnya, 2.5 – 3 tahun bagi kebanyakan program
2 tahun bagi program tertentu
Sesetengah program diploma boleh memindahkan kredit subjek-subjek tertentu sewaktu Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada universiti, program pengajian dan keputusan akademik (CGPA).
Mohon program Diploma di UPU Online