VIBES 2.0 (Veteran Integrated Benefit System) merupakan sistem utama JHEV ATM yang berperanan menguruskan maklumat Veteran ATM dan orang tanggungan, termasuk pengurusan permohonan serta pembayaran faedah persaraan, tuntutan faedah perubatan, skim bantuan kebajikan dan bantuan mengurus jenazah. Sistem ini juga menyokong pemprosesan permohonan kad veteran, penyertaan kursus yang ditawarkan, kemudahan padanan pekerjaan serta pengurusan persatuan Veteran ATM secara dalam talian.
Antara modul-modul utama sistem ini adalah:
- Faedah Persaraan
- Faedah Perubatan
- Bantuan Kebajikan
- Kerjaya dan Sosioekonomi
- Persatuan
- Aduan/ maklum balas
