Adakah anda ingin terlibat untuk membantu mangsa akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan kebakaran?
Berikut merupakan antara jenis bantuan yang boleh diberikan:
Jenis bantuan kepada mangsa bencana:
- Perlindungan sementara
- Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
- Menyediakan aktiviti kaunseling dan permainan tradisional
- Bantuan keperluan asas
- Pemberian makanan kering seperti beras, biskut, mi segera, kelengkapan keperluan asas dan kit kebersihan
- Sokongan kesihatan & emosi
- Rawatan asas dan pemeriksaan kesihatan serta sokongan emosi
- Pemulihan pasca bencana
- Gotong-royong pembersihan dan lain lain mengikut kepakaran agensi, badan korporat, NGO serta sukarelawan
Peranan sukarelawan:
- Membantu agensi dalam pengagihan bantuan
- Membantu pengurusan logistik dan keperluan di PPS
- Menyertai operasi pembersihan selepas bencana
- Membantu penyampaian maklumat kepada komuniti