Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022
Akta Kerja 1955 merupakan undang-undang utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Semenanjung Malaysia. Ia digunakan sebagai garis panduan utama dalam menetapkan kebajikan, hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan.
Antara garis panduan yang ditetapkan:
Waktu Kerja: pekerja berhak kepada waktu bekerja biasa yang tidak melebihi 45 jam seminggu
Cuti Tahunan
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 8 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 12 hari
- 5 tahun ke atas: 16 hari
Cuti Sakit
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 14 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 16 hari
- 5 tahun ke atas: 22 hari
Cuti Hospitalisasi: 60 hari
Cuti Bersalin: 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Layak elaun cuti bersalin dengan syarat:
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin
- Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup
Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran
Gaji Minimum
Memastikan semua pekerja menerima gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan
Perlindungan Pemberhentian
Memantau pengurusan pemberhentian pekerja dan memastikan hak dan kebajikan pekerja terjaga
Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024
Ordinan Buruh Sabah ialah undang-undang buruh utama yang berkuat kuasa khusus di negeri Sabah. Ia bertujuan untuk melindungi hak pekerja dan memastikan hubungan kerja yang adil antara majikan dan pekerja.
Antara garis panduan yang ditetapkan:
Waktu Kerja: Pekerja berhak kepada waktu bekerja biasa yang tidak melebihi 45 jam seminggu
Cuti Tahunan
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 8 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 12 hari
- 5 tahun ke atas: 16 hari
Cuti Sakit
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 14 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 16 hari
- 5 tahun ke atas: 22 hari
Cuti Hospitalisasi: 60 hari
Cuti Bersalin: 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Layak elaun cuti bersalin dengan syarat:
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin
- Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup
Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran
Gaji Minimum
Memastikan semua pekerja menerima gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan
Perlindungan Pemberhentian
Memantau pengurusan pemberhentian pekerja dan memastikan hak dan kebajikan pekerja terjaga
Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Sabah
Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024
Ordinan Buruh Sarawak adalah undang-undang utama yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di negeri Sarawak.
Antara garis panduan yang ditetapkan:
Waktu Kerja: Pindaan daripada 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu
Cuti Sakit: 14 hari setahun
Cuti Hospitalisasi: 60 hari setahun
Cuti Bersalin: 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Layak elaun cuti bersalin dengan syarat:
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin
- Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup
Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran
Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
