Aplikasi Mobile eAduan @JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Aplikasi ini turut menyediakan perkhidmatan penyaluran aduan perburuhan bagi memudahkan pihak pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang perburuhan.

Aduan perburuhan yang diterima akan disiasat oleh pegawai JTKSM bagi memastikan golongan pekerja di sektor swasta mendapat perlindungan perburuhan serta hak-hak minima seperti mana yang diperuntukkan di dalam undang-undang perburuhan dipatuhi oleh majikan.
Sehubungan itu, kini disamping pekerja boleh memfailkan aduan melalui surat, e-mel, telefon, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau hadir secara fizikal ke pejabat JTK yang berdekatan, pekerja juga boleh menggunakan aplikasi eADUAN yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit pekerja itu sendiri.
Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut:
- Butiran lengkap pengadu
- Butiran lengkap pihak yang diadu
- Isu-isu aduan
- Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan, penyata gaji atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan
