Blockchain
Projek Perintis Blockchain- Inovasi Perkhidmatan Kerajaan - Lesa
Latar belakang / Overview Inisiatif
MOSTI bersama MAMPU dan Jabatan Laut serta penerima dana NTIS iaitu Syarikat Thuleen Sdn Bhd sedang membangunkan satu sistem (proof of concept) yang berasaskan teknologi Blockchain bagi tujuan simpanan rekod dalam bentuk digital yang menyimpan data-data transaksi. Data-data ini akan disimpan dalam satu blok yang akan membentuk satu rantaian blok apabila terdapatnya pertambahan data yang lain.
Rantaian blok ini disimpan di rangkaian awam yang terdiri daripada sejumlah nod. Nod-nod ini secara umumnya adalah gabungan komputer-komputer (atau lebih dikenali sebagai miners) yang dihubungkan di rangkaian awam tertutup secara peer to peer (p2p) tanpa pelayan (server) sebagai perantara. Setiap nod mempunyai salinan rantaian blok yang sama. Bermakna jika ada blok-blok baru yang wujud, setiap nod akan menerima salinan blok-blok baru tersebut.
Berasaskan kepada teknologi oleh Ethereum Foundation yang telah memperkenalkan proses verifikasi menggunakan kod aturcara tanpa melibatkan penggunaan perkakasan komputer. Pembangunan projek ini telah membenarkan aturcara dan aplikasi web dibangunkan di atas platform blockchain (juga dikenali sebagai smart contracts dan decentralised application).
Ini akan membolehkan Jabatan Laut mengeluarkan lesen berdasarkan non-fungible token (atau “NFT”) kepada pemegang lesennya. NFT ini yang mematuhi piawaian ERC 721, boleh disahkan oleh aplikasi "penimbang tara/verifier" dengan mengimbas kod respons pantas (QR) yang dipaparkan pada pemilik (pemegang lesen) permohonan.
Ethereum yang membentuk rangkaian (blockchain) akan dihoskan di antara Jabatan Laut Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (“MOSTI”) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (“MAMPU”) menggunakan infrastruktur sedia ada di Pusat Data Sektor Awam (PDSA).
Topologi penyelesaian digambarkan dalam Rajah A berikut.








