Keupayaan dan Kompetensi Digital
Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR)
Latar belakang/Overview Inisiatif
Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Rangka Kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam yang mengambil kira pendekatan secara Whole-of-Government (WoG) dan merangka secara komprehensif hala tuju pembangunan modal insan sektor awam di era kerajaan digital telah selesai dilaksanakan pada Februari 2018. Kajian ini membantu sektor awam untuk mengenalpasti set kemahiran digital yang bersesuaian dan menjadi penanda aras untuk membangunkan bakat penjawat awam merentas skim perkhidmatan, multi-disiplin dan pelbagai peringkat jawatan.
Hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 17 kompetensi digital bagi keupayaan organisasi dan lapan (8) kompetensi digital bagi keupayaan individu telah dikenal pasti. Susulan itu, melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sebelas 2016 - 2020, Rangka Kerja DGCCR ini sedang diterapkan ke dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian kerajaan digital dan digunapakai sebagai pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap.

DGCCR juga merupakan satu platform Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital penjawat awam pada setiap peringkat dan peranan dalam usaha menawarkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat.
Objektif utama DGCCR adalah untuk :
- Mengukuhkan kemahiran dan pengurusan kemahiran digital bagi mewujudkan perkhidmatan awam masa hadapan yang mantap dan berkaliber;
- Meningkatkan kompetensi digital penjawat awam merentasi semua skim dan disiplin bagi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisyen dan efektif ; dan
- Melahirkan pasukan digital champions yang boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Program DGCCR ini juga menyokong Bidang Keutamaan D, di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11) iaitu Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam di bawah Strategi D1-Mereformasi Institusi Sektor Awam. Manakala di bawah United NationsSustainable Development Goals (SDGs), DGCCR ini turut menyokong SDGs 4 : Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all serta SDGs 8 : Decent Work and Economic Growth di bawah pelaksanaan inisiatif digital Robotic Process Automation (RPA).
Outcome/Impak
Di bawah inisiatif DGCCR, terpat beberapa komponen dan program yang telah dilaksanakan mulai tahun 2019 sehingga kini. Antara program-program dan pencapaian yang berkaitan pada tahun 2019/2020 adalah seperti yang berikut:

Secara kesimpulannya, DGCCR merupakan salah satu inisiatif penting Kerajaan untuk menggerakkan pembudayaan digital melalui program pengurusan perubahan dan mindset change dalam konteks persediaan asas bagi pemerkasaan modal insan pegawai awam itu sendiri. Melalui program-program di bawah inisiatif DGCCR yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020, terdapat peningkatan terhadap tahap kesedaran pegawai awam mengenai kepentingan dalam memastikan kompetensi dan keupayaan digital mereka selaras dengan keperluan semasa di samping menyokong usaha ke arah Transformasi Kerajaan Digital. Selain itu, melalui pendekatan DGCCR yang komprehensif serta melibatkan semua peringkat Persekutuan dan Negeri, isu pegawai awam yang enggan menerima perubahan digital dapat diminimumkan.
Untuk rantaian ke hadapan, beberapa program telah diserahkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk dilaksanakan mulai tahun 2021. Program-program berkenaan adalah seperti DGCCR Leaders, DGCCR Certified Trainers (CT), DGCCR Learning Modules (OC & IC), dan DGCCR Online Learning. Ini adalah selaras dengan cadangan pelaksanaan Digital Government Competency Development (DGCD) iaitu satu pusat pembelajaran yang berfungsi untuk membangunkan kompetensi digital pegawai awam dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan persekitaran semasa serta keperluan aplikasi digital dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. DGCD juga merupakan satu pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi penyediaan, pembangunan dan pengurusan bakat yang lengkap serta menyokong pengoperasian Kerajaan Digital.
Maklumat Lanjut
Cawangan Perundingan Human Resource Intelligence (CPHI)
Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 12, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
E-mel : uphi@jpa.gov.my
Penerbitan
DGCCR Sekto Awam