Kesejahteraan Rakyat
Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
Latar belakang
Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) digunakan bagi tujuan merekodkan data-data jalan raya di seluruh negeri merangkumi Jalan Raya Negeri, Jalan Raya Perbandaran, Jalan Kawasan Perumahan Murah, Lorong Belakang, Jalan Sehala Pulau Pelancongan, Jalan Kampung dan Jalan Pertanian. Semua kategori jalan baru yang didaftarkan perlu mempunyai maklumat seperti yang berikut:
- Nama Jalan
- Panjang dan Lebar Jalan
- Koordinat GPS
- Lebar Jalan dan Bahu Jalan
- Ukuran
- Jenis Permukaan Jalan (Surface Road Type – SRT)
Sistem MARRIS dibangunkan berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelanggaraan Jalan Raya. Sistem ini telah digunakan sejak tahun 2000 dan telah mengalami beberapa peringkat penambahbaikan sehinggalah kepada penghasilan MARRIS Online pada tahun 2008 dengan kemudahan kemasukan dan kemaskini data-data jalan raya secara online oleh agensi. Agensi pelaksana bagi sistem ini adalah:
- JKR Daerah
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah
- Pejabat Daerah dan Tanah
- Jabatan Pengairan dan Saliran
Objektif
Objektif sistem ini adalah seperti yang berikut:
- Memudahkan pengemaskinian maklumat jalan yang diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menyediakan maklumat untuk kegunaan MOF dan ibu pejabat JKR.
Sistem ini berfungsi untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti yang berikut:
- Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat Jalan Raya
- Pengesahan Maklumat Jalan Raya (JD) oleh Jurutera Daerah dan Ketua Penolong Pengarah Jalan (KPPJ).
- Menyediakan aliran proses peruntukan anggaran penyenggaraan oleh ibu pejabat JKR berdasarkan maklumat pendaftaran jalan yang telah disahkan dan dijana oleh Sistem MARRIS online.
- Kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) setelah mendapat pengesahan dari ibu pejabat JKR, seterusnya MOF akan menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri.
- Penjanaan Laporan.
Maklumat Lanjut
e-mel : marris@treasury.gov.my
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
FAQ Marris