PELANCONGAN
Sebelum menunaikan ibadah umrah, pastikan anda membuat semakan dan persediaan untuk memastikan perjalanan anda selamat, teratur dan bebas penipuan. Antara perkara penting sebelum menjalankan umrah: Hanya berurusan dengan agen atau syarikat yang sah dan berlesen. Semak agensi pelancongan umrah yang sah dan berlesen dengan MOTAC Fahami butiran pakej umrah termasuk kos, tempoh, penginapan dan penerbangan Semak nombor kelulusan iklan umrah sebagai langkah berjaga-jaga sebelum memilih pakej umrah. Semak senarai amaran dan syarikat berisiko melalui portal MOTAC bagi memastikan syarikat beroperasi secara sah. MOTAC menyediakan senarai entiti yang melakukan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] termasuk entiti yang sedang dalam proses siasatan sebagai rujukan kepada pengguna. Semakan boleh dibuat di pautan berikut:
