Sukarelawan Rakan Muda merupakan inisiatif di bawah Rakan Prihatin, salah satu daripada 10 gaya hidup Rakan Muda yang menekankan pembudayaan semangat kesukarelawanan.
Sukarelawan Rakan Muda adalah:
- Individu berumur 15 hingga 30 tahun
- Warganegara Malaysia
- Menyertai program secara sukarela di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Sukarelawan Rakan Muda turut berperanan dalam memupuk nilai empati, semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia.
Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah Sukarelawan Rakan Muda ialah:
- Sukarelawan komuniti
- Bantuan kepada golongan memerlukan
- Program kebajikan dan kemanusiaan
- Bantuan semasa bencana
- Aktiviti kesedaran sosial dan komuniti