Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Perpaduan Negara yang komited dalam memacu integrasi nasional dan perpaduan menerusi pembudayaan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa Malaysia.
Sejak penubuhannya pada tahun 2012, YSS telah melaksanakan lebih daripada 100 misi berimpak tinggi di dalam negara serta serantau Asia Tenggara (Indonesia, Laos, dan Vietnam). Misi-misi ini telah berjaya memberi manfaat dan impak positif kepada lebih 1 juta komuniti.
Fokus Utama YSS:
- Memupuk semangat perpaduan dan nilai sukarelawan secara menyeluruh dalam jiwa mahasiswa
- Menjalin kerjasama strategik untuk membela nasib isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta golongan yang memerlukan dan terpinggir
- Menyediakan platform pembangunan diri berterusan bagi melahirkan mahasiswa sebagai ejen perubahan yang berimpak tinggi
Ikuti platform media sosial rasmi YSS untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelbagai program menarik yang boleh disertai oleh mahasiswa.
Ketahui lebih lanjut tentang YSS