Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) merupakan antara komponen penting dalam ekosistem perniagaan dan ekonomi Malaysia. Ia merujuk kepada perusahaan yang dikategorikan berdasarkan saiz operasi, khususnya jumlah jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa.
Definisi PMKS ditetapkan oleh SME Corp dan dibahagikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan/ sektor lain.
