Sebagai usahawan, lesen dan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) penting untuk memastikan premis serta aktiviti perniagaan dijalankan secara sah, selamat dan mematuhi undang-undang kecil tempatan.
Jenis lesen atau permit yang diperlukan bergantung pada jenis perniagaan, lokasi premis, bentuk aktiviti, penggunaan ruang dan syarat PBT masing-masing. Oleh itu, keperluan lesen di satu kawasan tidak semestinya sama dengan kawasan PBT yang lain.
Semak senarai pihak berkuasa tempatan di kawasan anda bagi tujuan mendaftar permit dan pelesenan.
Senarai PBTBagi memudahkan usahawan mengenal pasti pendaftaran dan pelesenan yang berkaitan berdasarkan aktiviti serta lokasi perniagaan, anda boleh menyemak keperluan lesen dan permit melalui portal MalaysiaBiz.