Pensijilan Halal Malaysia merupakan pengiktirafan rasmi yang mengesahkan bahawa sesuatu produk, premis atau perkhidmatan memenuhi keperluan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pensijilan ini meliputi bukan sahaja bahan yang digunakan, tetapi juga aspek pemprosesan, penyimpanan, pengendalian, kebersihan, peralatan, logistik dan sistem kawalan dalaman.
Pensijilan halal boleh melibatkan pelbagai sektor, antaranya:
- Produk makanan dan minuman
- Premis makanan
- Produk Kosmetik
- Produk farmaseutikal
- Rumah sembelihan
- Pengilangan kontrak atau OEM
- Produk peranti perubatan
- Perkhidmatan logistik
- Barangan Gunaan
Persediaan Sebelum Memohon
Sebelum membuat permohonan, usahawan disarankan untuk memastikan:
- Perniagaan telah berdaftar dengan agensi yang berkaitan
- Semua bahan mentah dan ramuan mempunyai sumber yang jelas
- Pembekal dan dokumen sokongan bahan dapat dikenal pasti
- Premis memenuhi aspek kebersihan dan susun atur yang sesuai
- Proses pengeluaran dan penyimpanan dapat mengelakkan pencemaran silang
- Rekod bahan, pembekal dan proses operasi disimpan dengan teratur
- Pekerja memahami keperluan asas halal dan kebersihan
Bagi usahawan yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), permohonan perlu dibuat melalui Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL).
Baca lanjut tentang pensijilan Halal