Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Sorotan
Paparan 1 - 10 daripada 25 carian perkhidmatan digital
Papar 10 Perkhidmatan Digital Setiap Muka Surat
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membuat pembayaran secara dalam talian bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing, termasuk cukai taksiran, kompaun, sewaan premis perniagaan dan bayaran lain yang berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter.
Perkhidmatan ini membolehkan badan pensijilan halal luar negara mendaftar untuk mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM melalui sistem MyIHAB. Sistem ini meminta maklumat organisasi, nombor pendaftaran, negara dan maklumat badan pensijilan.
Perkhidmatan ini membolehkan organisasi atau syarikat yang melibatkan kilang di luar negara mendaftar dan membuat permohonan pensijilan halal Malaysia. Sistem menyediakan pendaftaran syarikat dan log masuk khusus untuk pemohon antarabangsa.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menghantar aduan, pertanyaan, cadangan atau maklum balas secara elektronik kepada JAKIM. Portal Halal Malaysia menyediakan pautan terus kepada sistem SISPAA JAKIM untuk fungsi ini
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna dan usahawan menyemak produk, premis makanan serta perkhidmatan yang mempunyai pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM/JAIN. Direktori ini juga menyediakan maklumat berkaitan pensijilan halal luar negara.
Perkhidmatan ini membolehkan syarikat atau pengusaha dalam negara mendaftar dan membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia secara dalam talian melalui MYeHALAL. Portal Halal Malaysia menyatakan MYeHALAL ialah sistem permohonan halal untuk organisasi domestik dan antarabangsa.
Perkhidmatan ini membolehkan usahawan dan pengusaha makanan memohon dan melakukan carian persijilan Makanan untuk pengusaha Katering (Trust MyCatering) bagi memastikan makanan dan premis selamat dan mematuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pensijilan ini sesuai untuk usahawan muda dan PKS yang baru memulakan perniagaan makanan.
Perkhidmatan / Inisiatif ini bertujuan membantu perniagaan untuk mendigitalkan perniagaan mereka bermula dengan Penilaian Tahap Kematangan Digital yang akan mengenalpasti tahap kesediaan dan peluang digitalisasi perniagaan. Perniagaan yang telah dinilai tahap kematangan digital akan dipadankan dengan beberapa langkah intervensi seperti :
"Perkhidmatan ini membolehkan usahawan muda memohon Geran Agropreneur NextGen secara dalam talian bagi memulakan atau mengembangkan projek pertanian dalam bidang tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Jenis bantuan yang diberi adalah: i) Geran Agropreneur NextGen (GAN) Start-Up ii) Geran Agropreneur NextGen Scale-Up iii) GAN Bantuan Peluang Kedua"
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon jawatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).