Portal eKomuniti merupakan platform dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan, pertubuhan kebajikan, sektor korporat dan orang awam.
Melalui e-Komuniti, anda boleh:
- mendaftar sebagai Sukarelawan JKM secara dalam talian
- mendaftar Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan melihat senarai PSK aktif
- melihat senarai sumbangan yang diperlukan PSK
- menyumbang kepada keperluan PSK
- memohon bantuan kewangan kerajaan kepada PSK
Tarikh dikemaskini: 31/7/2026
Komen topik ini