MyCHAMPION ialah program sukarelawan kesihatan yang berdaftar dan dilatih untuk membantu menyampaikan maklumat kesihatan serta menggalakkan amalan hidup sihat dan penjagaan persekitaran dalam komuniti.
Latar Belakang
Program MyCHAMPION diperkenalkan pada tahun 2020 dengan penglibatan sukarelawan daripada lima entiti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu:
- COMBI
- KOSPEN
- Duta Kenali Ubat Anda (DKUA)
- Ikon Gigi
- Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK)
- Wakil Kesihatan Kampung (Sarawak)
- JU C-HAT
Antara Peranan MyChampion:
- Mendidik, memperkasa dan menggerakkan individu, ahli keluarga dan komuniti dalam pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran
- Melaksanakan aktiviti intervensi perubahan tingkah laku mencegah dan mengawal faktor risiko penyakit