Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan program sukarelawan komuniti bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kebajikan dan bantuan sosial kepada golongan yang memerlukan.
Kategori aktiviti sukarelawan yang disediakan:
- Perkhidmatan sokongan sosial dan bimbingan kaunseling
- Khidmat pemulihan dan kesihatan, pendidikan moral dan akademik
- Program keagamaan, sukan, kebudayaan dan kesenian
- Penempatan pekerjaan
- Pengurusan bencana
- Program khidmat bantu di rumah (KBDR)
Syarat umum untuk menjadi sukarelawan JKM:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Bersedia dan berminat serta sukarela dalam kerja- kerja kebajikan kepada klien jabatan
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada sebarang rekod jenayah