Skim LINDUNG 24 Jam, atau Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak terhadap kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkaitan secara langsung dengan pekerjaan.
Antara kebaikan Skim LINDUNG 24 Jam ialah:
- Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
- Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
- Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO