KESELAMATAN & KOMUNITI
Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita tahun 2025–2030 (DWN dan PTPW 2025-2030) merupakan dasar strategik kerajaan Malaysia. Ia dirangka sebagai panduan kepada pelaksanaan semua strategi, program dan inisiatif bagi memperkasakan golongan wanita di Malaysia. Pelaksanaan dasar yang menggunakan pendekatan keseluruhan negara atau “ Whole of Nation and Whole of Government approach ” ini diselaras dan dipantau oleh Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Tema DWN dan PTPW 2025-2030: Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara Empat bidang keutamaan: Ekonomi Kepimpinan Keselamatan Kesejahteraan Ketahui lebih lanjut tentang DWN dan PTPW 2025-2030 serta sasaran setiap bidang keutamaan:
Dasar Warga Emas Negara (DWEN) merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati. Matlamat DWEN adalah untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu supaya warga emas hidup sejahtera. 6 strategi pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu dan cabaran penuaan Menonjolkan warga emas sebagai aset negara yang masih boleh menyumbang Memberi peluang kepada warga emas untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran Warga emas digalakkan menjadi tenaga pengajar, mentor atau penyumbang ilmu Menjamin akses kepada keperluan asas dan perlindungan sosial Penyampaian perkhidmatan yang cekap dan telus di semua peringkat (kebangsaan, negeri, daerah) Mewujudkan masyarakat inklusif dengan penglibatan semua generasi Data untuk membantu meningkatkan keberkesanan program dan penyampaian perkhidmatan
Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang menghubungkan orang awam dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan: Penderaan Pengabaian kanak-kanak Gangguan seksual Pembuangan bayi Menerusi talian ini, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kebajikan kumpulan sasar, bantuan perlindungan, perkhidmatan reproduktif dan bimbingan sosial remaja bagi meningkatkan kesejahteraan emosi masyarakat. Talian yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu ini boleh diakses oleh orang ramai melalui: Talian Bebas Tol: 15999 WhatsApp: 019-261 5999 Aplikasi mudah alih: Talian Kasih