Bendera Malaysia

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air.
Takrifan bendera:
Sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor.
Ciri-ciri Bendera Malaysia
- 14 Jalur Merah dan Putih
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
- Warna Merah
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni
- Warna Kuning
Digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu
- Warna Biru
Melambangkan perpaduan melalui keamanan dan kepatuhan di kalangan rakyat Malaysia
- Warna Putih
Memberi makna suci murni
Rujukan: Jabatan Penerangan Malaysia
Tarikh dikemaskini: 7/11/2025
