Lagu Kebangsaan

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
(Maestoso)
Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
Sejarah Lagu Negaraku
- Permulaan sejarah
- Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan.
- Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
- Pemilihan Lagu
- Pertandingan mencipta lagu rasmi diadakan pada Februari 1957, namun empat lagu akhir yang disenarai pendek ditolak.
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencadangkan irama lagu negeri Perak dijadikan asas.
- Irama asal dipetik daripada lagu negeri Perak, yang mendapat ilham daripada lagu “Terang Bulan” kegemaran Sultan Abdullah (ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles).
- Cadangan ini dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK).
- Penyusunan Muzik & Lirik
- Skor muzik disediakan oleh Alfonso Soliano, D.S.P Croff, Kapten Lenthall dan A.T Reed.
- Lirik pula digubal oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, dengan persetujuan Sultan-Sultan Melayu.
- Detik Bersejarah
- Pada ambang 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi Lagu Kebangsaan Negaraku.
- Sejak itu, ia kekal menjadi simbol rasmi negara, mengukuhkan semangat patriotisme rakyat.
Rujukan: Jabatan Penerangan Malaysia
Tarikh dikemaskini: 17/10/2025
Komen topik ini
