Bunga Kebangsaan

Bunga kebangsaan Malaysia ialah Bunga Raya ( Hibiscus rosa-sinensis ), yang diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sejarah pemilihan bunga raya ini bermula pada akhir 1958 apabila Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu:
- Bunga Raya
- Bunga Kenanga
- Bunga Melur
- Bunga Cempaka
- Bunga Teratai
- Bunga Mawar
- Bunga Tanjung
Satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengangkat bunga yang dipilih menjadi bunga kebangsaan. Hasil kajian mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga raya, manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Kerajaan telah membuat keputusan untuk memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan berdasarkan beberapa kriteria:
- Bunga tersebut dikenali ramai
- Mempunyai warna dan bentuk yang menarik
- Nama panggilan yang sama di seluruh negara
- Mudah didapati di seluruh negara
- Bukan menjadi bunga kebangsaan mana-mana negara pada ketika itu
Rujukan: Jabatan Penerangan Malaysia
Tarikh dikemaskini: 17/10/2025
